Monday, January 26, 2009

BAB 1 : MENJAGA KEBERSIHAN BAYI,KANAK-KANAK.

MATLAMAT
Garispanduan ini adalah panduan kepada pengasuh di pusat jagaan
dan bimbingan kanak-kanak memastikan kebersihan bayi, kanak-kanak
dan persekitaran TASKA dan pra-sekolah yang optimum; bagi
menyokong pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
3
1.0 PENGENALAN
Kebersihan selalunya dikaitkan dengan kesihatan. Kebersihan penting untuk semua
orang terutamanya kanak-kanak kerana kesihatan yang sempurna akan
menghindarkan mereka dari jangkitan penyakit. Di samping itu, mereka dapat
melalui perkembangan yang sempurna dari segi rohani dan jasmani.
2.0 DEFINISI
2.1 Bersih bermakna
2.1 Bebas dari sebarang kotoran, kuman atau serangga perosak yang
boleh mengganggu kesihatan.
2.2 Berkeadaan kemas, ceria dan selesa di pandang.
2.3 Tiada bau yang kurang menyenangkan
3.0 KEBERSIHAN BAYI
3.1 Persiapan sebelum mandi
Sediakan barang-barang seperti berikut:-
3.1.1 Di sebelah kanan
a. Tempat yang beralas dan selesa untuk meletak bayi
b. Tuala kecil yang lembut
c. Tuala besar
d. Sabun dan syampu
e. Kapas
f. Bedak, lampin, baju, seluar dan pin penyemat
3.1.2 Di sebelah kiri
a. Besen besar
b. Besen kecil untuk membasuh rambut
3.1.3 Penyediaan air mandi
Tuangkan air sejuk ke dalam besen besar, suamkan dengan air panas. Rasa
kepanasan air dengan siku atau belakang tapak tangan (gunakan cara yang
sama untuk besen kecil). Basuh tangan anda dengan bersih sebelum
memandikan bayi.
4
3.2 Cara memandikan bayi
3.2.1 Bawa bayi ke tempat mandi. Letakkan di atas tempat yang beralas
yang disediakan. Tanggalkan pakaian. Balut tubuh bayi dengan tuala
besar.
3.2.2 Lembapkan kapas, bersihkan matanya dari arah hidung ke hujung
mata kiri dan kanan. Gunakan kapas untuk sekali guna sahaja.
3.2.3 Bersihkan telinga dan hidung dengan kapas lembap yang baru.
3.2.4 Bersihkan muka dengan tuala kecil yang lembap. Kemudian, lap
dengan tuala kering.
3.2.5 Ampu kepala bayi dengan tangan kiri mengarah ke besen. Basahkan
rambut bayi.
3.2.6 Syampu rambutnya perlahan-lahan. Gunakan tuala kecil untuk
membersihkan lebihan syampu. Jangan guna kuku untuk mencuci
kepala bayi
3.2.7 Bilas rambut dengan air hingga kesan syampu hilang.
3.2.8 Lap rambut hingga kering dengan sebahagian dari tuala yang
membalut tubuhnya.
3.2.9 Tanggalkan tuala dari tubuh bayi.
3.2.10 Sokong kepala bayi dengan tangan kiri, pegang kuat di bawah ketiak
kirinya terlebih dahulu.
3.2.11 Masukkan bayi perlahan-lahan ke dalam besen dengan memasukkan
kakinya terlebih dahulu. Elakkan air masuk ke dalam telinga dengan
menutup lubang telinga menggunakan ibu jari dan jari manis.
3.2.12 Basuhkan badan, sabun dan bersihkan di pelipat dan ketiak serta
seluruh badan. Bilas dengan air sehingga bersih.
3.2.13 Untuk memandikan bahagian belakang badan dan punggung, sokong
bahagian depan dengan tangan kanan anda dan pegang kuat di
bawah ketiak kirinya.
3.2.14 Bila selesai, angkat perlahan-lahan dari besen dan letakkan bayi ke
atas tuala kering.
3.2.15 Lap badan terutama di pelipat peha dan ketiak. Sapukan losyen atau
minyak bayi ke seluruh badannya. Urutan dapat meransang bayi.
3.2.16 Pakaikan baju, lampin dan seluar.
5
Nota:
Bercakap dan bermesralah dengan bayi semasa dia dimandikan. Biarkan bayi
menepuk air di dalam besen seketika. Berikan alat permainan jenis plastik kepada
bayi semasa mandi.
3.3 Menukar lampin bayi
Lampin perlulah ditukar dengan segera apabila basah. Ini adalah untuk
mengelakkan dari mendapat ruam lampin atau lain-lain penyakit kulit.
Jika menggunakan lampin pakai buang, lampin mesti sesuai dengan saiz bayi.
Pastikan lampin pakai buang yang telah digunakan dibuang di tong sampah yang
bertutup dan diuruskan dengan betul.
Jangan pakai lampin terlalu ketat. Lampin kain adalah lebih baik dari lampin pakai
buang.
3.4 Persediaan menukar lampin
3.4.1 Sediakan tempat sesuai untuk menukar lampin. Tutup kipas angin
sementara menukar lampin untuk mengelakkan bayi atau kanak-kanak
dari kesejukan
3.4.2 Pilih tempat yang mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang
elok.
3.4.3 Aturkan semua keperluan supaya mudah diambil atau digunakan.
Elakkan peralatan dari mudah dicapai dari bayi.
Keperluan adalah seperti berikut:-
a. Alas pelapik yang mudah dicuci.
b. Lampin bersih yang siap dilipat.
c. Tuala kecil, kapas, sebesen air.
d. Losyen / minyak bayi.
e. Seluar, baju, pin penyemat.
f. Bekas menyimpan lampin kotor.
g. Bekas membuang kotoran.
3.5 Cara menukar lampin
3.5.1 Letakkan bayi di atas alas / pelapik. Jangan tinggalkan bayi sendirian.
Tanggalkan lampin kotor dan masukkan ke dalam bekas yang telah
disediakan.
6
3.5.2 Bersihkan semua bahagian yang terkena najis dengan kapas lembap.
Lap dari bahagian pinggang mengarah ke bawah punggung dan bukan
sebaliknya.
3.5.3 Untuk bayi yang lebih besar, basuh dengan air bersih.
3.5.4 Lap hingga kering.
3.5.5 Jika perlu sapukan losyen bayi ke bahagian yang telah dibersihkan.
3.5.6 Pakaikan lampin dan sematkan pin dengan menggunakan jari sebagai
pengadang tubuh bayi bagi mengelakkan bayi dari tercucuk pin.
3.5.7 Pakaikan seluar dan baju. Bawa bayi ke tempat tidur atau tempat
bermain.
Nota:
a. Bercakap kepada bayi semasa lampin ditukar. Elakkan dari memarahi bayi.
b. Jika bayi mengeliat semasa lampin ditukar, berikan barang permainan seperti
kelentong untuk menarik perhatiannya.
c. Patikan anda membasuh tangan setiap kali selepas menukarkan lampin bayi
sebelum mengendalikan bayi atau kanak-kanak lain; atau sebelum membuat
sebarang pekerjaan lain.
d. Pastikan lampin pakai buang dibuang ke dalam tong sampah yang bertutup.
4.0 KEBERSIHAN KANAK-KANAK
4.1 Kanak-kanak boleh digalakkan mengamalkan kebersihan, khasnya
semasa melakukan aktiviti lazim. Kanak-kanak berumur 1 hingga 3
tahun memahami dan mengikut arahan mudah. Kanak-kanak 1 hingga
3 tahun perlu dibantu oleh pengasuh tetapi kanak-kanak 3 hingga 4
tahun boleh melakukan dengan sendiri.
a. mencuci muka, berus gigi selepas bangun dari tidur dan selepas
makan.
b. mencuci tangan dan kaki selepas bermain di luar.
c. mencuci tangan sebelum dan selepas makan.
d. mencuci tangan dan kaki selepas menjalankan aktiviti khasnya
aktiviti main pasir / air / play doh dan sebagainya.
4.2 Semasa memandikan kanak-kanak, elakkan dari menjirus air terus ke
atas kepala
7
4.3 Adalah penting pakaian dan kasut kanak-kanak sentiasa dalam
keadaan bersih dan kemas. Pengasuh harus menggalakkan kanakkanak
memberi kepentingan kepada amalan kebersihan diri dan
pakaian. Melalui pelbagai aktiviti di TASKA dan kelakuan para
pengasuh sendiri, pengasuh dapat mengujudkan kesedaran dan minat
di kalangan kanak-kanak untuk sentiasa kelihatan bersih dan kemas.
Kanak-kanak mendapat peluang untuk bercerita dan memberitahu
kepentingan menjaga kebersihan diri.
4.4 Pengasuh perlu melatih kanak-kanak cara mandi dan mengosok gigi
yang betul.
4.5 ‘Toilet Training’ atau latihan menggunakan tandas perlu dimulakan
seawal usia.
4.6 Pengasuh perlu melatih kanak-kanak memakai pakaian, menggunakan
sikat rambut dan memotong kuku dengan betul.
4.7 Pastikan kanak-kanak tidak berkongsi sebarang peralatan peribadi
seperti sikat, berus gigi dan tuala.
5.0 KEBERSIHAN BANGUNAN TASKA
5.1 Kawasan di dalam dan di luar bangunan mestilah bebas dari serangga,
makhluk perosak dan haiwan peliharaan, serta bersih dari sampah
sarap.
5.2 Kawasan di luar bangunan mestilah bersih dan bebas dari lalang,
tumbuhan berduri atau beracun.
5.3 Pastikan longkang sentiasa bersih dan tiada air bertakung. Longkang
hendaklah bertutup bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
5.4 Sediakan bekas untuk membuang sampah yang bertutup di dalam dan
di luar bangunan.
5.5 Jika ada kolam atau sebarang takungan air, tempat itu hendaklah
dipagar. Jika menggunakan kolam mandi plastik, buangkan air selepas
setiap kali digunakan.
6.0 AMALAN KEBERSIHAN DI TASKA
Kanak-kanak mungkin akan dapat penyakit jika sesebuah TASKA itu tidak bersih.
Amalkan kebersihan TASKA setiap masa.
6.1 Amalkan tabiat membasuh tangan sebelum dan selepas makan, dan
selepas menggunakan tandas.
8
6.2 Bersihkan semua pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan lain-lain
sebelum dan selepas makan.
6.3 Bersihkan dapur untuk menghindar dari lipas, tikus dan lain-lain
serangga .
6.4 Bersihkan bilik air dan tandas. Elakkan air bertakung untuk
mengelakkan pembiakan nyamuk.
6.5 Pastikan kawasan bersih bebas dari sampah sarap. Ini adalah untuk
menghindarkan dari lalat dan serangga perosak.
6.6 Potong rumput yang panjang untuk mengelakkan ular.
6.7 Mop lantai dengan segera setiap kali ada tumpahan atau lantai basah.
Lap habuk pada tingkap supaya tidak kotor dan selamat untuk kanakkanak
menjalankan aktiviti.
6.8 Bersihkan longkang dan pastikan air tidak bertakung. Pastikan
longkang bertutup.
6.9 Bersihkan semua alat kelengkapan termasuk barang permainan
kanak-kanak selepas setiap kali digunakan.
6.10 Cuci peti sejuk dan almari dapur sekurang-kurangnya seminggu sekali.
6.11 Basuh sarung bantal, alas tilam dan selimut serta kain tuala selepas
setiap kali digunakan
6.12 Jemur bantal, tilam, tikar dan selimut.
Nota:
Binatang peliharaan seperti kucing dan anjing adalah tidak dibenarkan berada di
sekitar kawasan TASKA.
Jangan gunakan lingkaran ubat nyamuk bagi mencegah dari sebarang kejadian
kebakaran.
7.0 PERUNTUKAN AKTA DAN PERATURAN TASKA
7.1 Peraturan 25 (1a,b)
Tiap-tiap Taman hendaklah mengadakan sekurang-kurangnya satu tandas
bagi sepuluh orang kanak-kanak dan kemudian tandas serta persediaan
kebersihan hendaklah:-
9
a. Pada setiap masa disimpan dalam keadaan bersih dan;
b. Tidak digunakan bagi apa-apa maksud lain.
7.2 Peruntukan 26
Suatu bekalan air yang cukup dan bersih dan bersih hendaklah diadakan di
premis tiap-tiap taman.
7.3 Peraturan 27
Tiap-tiap taman hendaklah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan
membasuh dan mencuci pakaian, bilik salinan dan bilik mandi bagi kanakkanak
dan pekerja-pekerja.
Katil kanak-kanak, katil beradang, katil dan alatan tempat tidur hendaklah
sesuai jenisnya dan rekabentuknya. Boleh dibasuh dan selenggarakan dalam
keadaan bersih, dan peralatan tempat tidur bagi tiap-tiap orang kanak-kanak
hendaklah disimpan dan distor dalam keadaan yang bersih.
8.0 KESIMPULAN
Kebersihan bagi kanak-kanak dan TASKA adalah amat penting dalam menjamin
kesihatan kanak-kanak. Pengaruh harus memberi perhatian yang rapi terhadap
menjaga mutu kebersihan di TASKA untuk menentukan kanak-kanak di TASKA
sentiasa sihat dan ceria,.

1 comment:

  1. Salam, kami akan menganjurkan satu bengkel utk merancang aktiviti kanak - kanak khusus bagi pengusaha atau pengasuh tadika/taska. Jika berminat boleh hubungi kami atau nombor yg ada di link. Terima kasih.

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=196503650473579&set=a.196503633806914.1073741826.195422313915046&type=1&theater

    ReplyDelete